KAKAK
Kim Kardashian iaitu Kourtney Kardashian mengakui berbangga dengan
gambar bogel ketika sedang sarat mengandung dipaparkan di sebuah
majalah.
Kourtney dalam satu wawancara memberitahu gambar tersebut akan ditunjukkan kepada anak dalam kandungannya itu.
"Gambar
ini sangat unik dan saya akan tunjukkan kepada anak yang akan lahir ini
dan berkata di dalam perut ini ada kamu," ujarnya seperti dipetik Daily
Mail.
Sebelum
ini, Kourtney telah memuat naik beberapa gambar bogel di laman
Instagramnya dengan hanya mengayakan rantai dan beberapa hiasan berbulu.
Bagaimanapun, gambar bogel tersebut mengundang pelbagai reaksi dan menjadi kontroversi.