Kisah Benar Remaja-Remaja Melayu Hilang Dara:KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.
Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan
beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah
terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang
kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan
seks ketika berusia 10 tahun.
Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor
“PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan
saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa
tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali
lagi bersama teman lelaki juga.
Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga,
saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali
gus.
Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong
puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang
baru sehari kenal.
Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya,
pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih,
saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar
bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.
Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang
saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk
teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan
Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.
Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya
diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas
dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah,
pasti kegiatan saya mudah terbongkar.
Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.
Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum
ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut
menggadaikan tubuh.
Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan
seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu
trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit
dipandang hebat.
Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak
kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna
kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.
Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama
lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan
kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan
bebas saya bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur
“SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan
teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas
keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.
Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri
sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak
mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan
sekolah.
Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang
saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.
Malah pernah saya pelawa SEOrang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal
beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah
melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.
Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak
mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi
pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di
tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.
Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun
tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya
melakukannya dua minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan
“SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua.
Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula
kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan
mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak
beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.
Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah
bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu
yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur
dua ke tiga hari.
Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu
saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi
setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan)
motosikal.
Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara
tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada
dara akan diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor
“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah,
kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa
salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan
seks ketika masih muda?
Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama
rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima.
Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata
tidak mahu dikutuk rakan.
Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.
Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan SEOrang pelajar lelaki
tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya
kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.
Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor
di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah,
sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula
berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.
Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman
lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya
bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar
menjadi mimpi ngeri buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang
“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya
kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di
tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.
Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu
dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut
melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.
Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.
Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada
ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana.
Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung
saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).
Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini.
Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami
sudah lama tidak berhubung.”